Thursday, 4 June 2015
Sambutan Hari Guru SMK BBST 2015.
Terima kasih cikgu.
Jasamu akan ku kenang selalu.
Video sambutan Hari Guru SMK BBST 2015.
Video ini telah di muat turun oleh salah seorang pelajar sekolah kami di Youtube.
Wednesday, 27 May 2015
Hari Pertama Sesi Persekolahan 2015
2 Januari 2015 merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2015. Sesi persekolahan yang sepatutnya bermula pada 5 Januari 2015 telah ditangguhkan seminggu disebabkan masalah banjir besar yang berlaku di beberapa buah negeri di pantai timur.
Warga guru SMK BBST telah bersepakat untuk memakai pakaian bertemakan ungu semasa hari pertama persekolahan. Semua murid yang hadir berpakaian kemas dan bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan.
Semua guru dan pelajar berhimpun di Dataran Pengetua seawal jam 7.20 pagi. Sesi perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan nyanyian tiga buah lagu utama iaitu lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah. Kemudian diteruskan lagi dengan ikrar sekolah dan ikrar pengguna jalan raya.
Seterusnya puan Pengetua telah memberikan taklimat dan ucapan kepada semua warga SMK BBST. Pihak sekolah mengucapkan selamat memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan baik dan penuh berdisiplin sepanjang tahun 2015.
Pelajar Berkehadiran Penuh 2014
Pihak sekolah telah memberikan pengiktirafan kepada sebilangan pelajar SMK BBST yang telah hadir penuh ke sekolah sepanjang sesi persekolahan tahun 2014 yang lalu. Pelajar-pelajar terpilih tersebut telah diberikan sijil penghargaan daripada pihak sekolah. Penghargaan ini juga akan diteruskan bagi tahun 2015. Semoga penghargaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar SMK BBST untuk hadir penuh ke sekolah sepanjang tahun 2015.
Berikut adalah gambar-gambar penerima bagi Pelajar Berkehadiran Penuh 2014:
Pentadbiran Sekolah
PENTADBIRAN SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI
Berdiri Dari Kiri:
Pn Rohani Othman (PK Tingkatan 6), Pn Siti Romdiah Bakron (GKMP Bahasa), En Nor Shamsul Azlan (GKMP Teknik dan Vokasional), Tn Hj Azam Daud (PK Kokurikulum), En Salehin Abdullah (PK Pentadbiran), Pn Norma Daud (Pengetua), Pn Hjh Sabaria Darut (PK HEM), Pn Zainon Jailani (GKMP Kemanusiaan), Pn Siti Khairani Alias (GKMP Sains dan Matematik), Pn Hanizam Mohd Rosly (PK Petang)
GURU SESI PAGI
GURU SESI PETANG
Lencana Sekolah
BUKU
Sumber ilmu / kecemerlangan kurikulum
PEN
Alat menyalurkan / mengembangkan ilmu
MENARA
Lambang kemegahan / kehebatan sekolah
KUBAH
Kesepaduan ilmu dunia dan akhirat
RODA
Kecemerlangan sains dan teknologi
GELANG
Kecemerlangan kokurikulum
WARNA MERAH
Keberanian menghadapi cabaran
WARNA BIRU
Kecintaan terhadap ilmu dan antara insan
WARNA KUNING
Cemerlang dan Gemilang
Visi, Misi, Falsafah dan Piagam SMK Bandar Baru Salak Tinggi
VISI SMK BBST
“SMK BBST Terus Cemerlang dan Terbilang ”
MISI SMK BBST
Berazam untuk:
- Melonjakkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum melalui pendekatan yang berkesan dan inovatif
- Melahirkan pelajar yang berilmu, beriman dan memiliki sahsiah cemerlang melalui pelbagai program yang efektif
- Memupuk budaya kerja yang berintegriti dan berusaha mengadakan permuafakatan
FALSAFAH DAN WAWASAN SMK BBST
Falsafah Sekolah
Proses pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi merupakan satu usaha yang berterusan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan Negara untuk membentuk pelajar bersahsiah terbilang, cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Wawasan Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi mempunyai wawasan ke arah:
- Mewujudkan sekolah unggul, cemerlang, gemilang di peringkat daerah, negeri dan negara.
- Melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang dari segi pendidikan, sahsiah, fizikal dan rohani serta patuh kepada ajaran agama.
- Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah keharmonian, kemajuan, dan kemakmuran negara.
PIAGAM PELANGGAN SMK BBST
Kami warga SMK Bandar Baru Salak Tinggi dengan penuh azam dan iltizam berikrar dan berjanji akan melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Kami berikrar akan:
- Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
- Melahirkan generasi yang berketrampilan, beriman, beramal dan bersahsiah mulia.
- Mencetus dan merealisasikan masyarakat penyayang agar warga sekolah berasa bangga terhadap sekolah dan saling menghormati antara warga sekolah serta seluruh komuniti pendidik.
- Bersedia bekerjasama menerima teguran dan cadangan bagi mencapai kecemerlangan dalam segala aspek.
- Sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibu bapa, ahli masyarakat, dan sedia berbincang serta bekerjasama untuk kebaikan sekolah.
Sejarah Penubuhan
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi [SMKBBST] ditubuhkan pada tahun 2001 dan mula beroperasi pada 3 Januari 2001. Sekolah ini merupakan sekolah menengah kelima ditubuhkan di daerah Sepang. Pada peringkat awal, bilangan pelajar adalah seramai 73 orang iaitu terdiri daripada dua kelas tingkatan 1. Bilangan tenaga pengajar pula ialah seramai 13 orang termasuk tiga orang pentadbir. Tuan Haji Hisamuddin bin Husnin merupakan pengetua pertama sekolah ini. Pada masa itu, hanya seorang pembantu tadbir sahaja yang ditugaskan di SMKBBST.
Oleh sebab bangunan sekolah belum siap sepenuhnya, sekolah ini terpaksa ditumpangkan di bangunan SMK Seri Sepang. Pada 11 Jun 2001, barulah SMKBBST berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Taman Dahlia. Sejak berpindah ke bangunan baru, bilangan pelajar semakin meningkat dari setahun ke setahun.
Bagi menampung keperluan pelajar khususnya yang tinggal berjauhan dengan sekolah, asrama putera dan asrama puteri telah disediakan. Asrama SMKBBST mampu menampung sehingga 250 orang pelajar dan mula beroperasi pada tahun 2002. Sekolah ini juga merupakan sekolah pertama daerah Sepang yang menawarkan kelas khas aliran Bahasa Arab pada tahun 2002. Seterusnya kelas Pendidikan Khas mula dibuka pada tahun 2003. Bagi menggerakkan sokongan dan peranan ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru [PIBG] telah ditubuhkan dan En Jamil bin Haji Saad telah dilantik sebagai Yang Dipertua PIBG SMKBBST yang pertama.
Dalam bidang kurikulum pula, pada tahun 2005 sebuah makmal komputer yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran mula beroperasi dan sebjek Teknologi Maklumat mula ditawarkan pada pelajar tingkatan 4 pada tahun 2006. Pada tahun 2006 juga telah diwujudkan subjek Pendidikan Vokasional iaitu Hiasan Dalaman yang ditawarkan kepada pelajar tingkatan 4.
Pada tahun 2006 juga, SMKBBST maju selangkah lagi dengan penubuhan kelas tingkatan 6. Pada tahun 2007 pula, SMKBBST melakar sejarah dengan penubuhan kelas tingkatan 4 jurusan Sains Tulen Agama. Pada tahun yang sama juga, sesi persekolahan petang juga telah mula dilaksanakan dengan bilangan pelajar seramai 250 orang dan 11 orang guru sahaja. Persekolahan sesi petang ini diselia oleh Puan Mardiyah binti Mohamad.
Sehingga kini jumlah pelajar di SMKBBST adalah seramai 1970 orang dengan tenaga pengajar seramai 144 orang.
Dengan komitmen yang tinggi antara PIBG dengan pihak sekolah, telah meletakkan nama SMK BBST sebaris sekolah terbaik di Malaysia apabila dicalonkan sebagai Sekolah Cemerlang Kategori Asrama Harian. Ini adalah satu penghormatan yang tidak terhingga kepada warga SMKBBST. Kepimpinan dan kecemerlangan SMKBBST diteruskan dengan kehadiran Tn Hj Muskamal bin Mohamad Jonan. Semoga SMKBBST terus mencapai visi dan misi.
Sunday, 24 May 2015
Takwim Sekolah 2015
Kumpulan
A: Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
|
|
Cuti Pertengahan Penggal 1
|
13 Mac hingga 21 Mac
|
Cuti Pertengahan Tahun
|
29 Mei hingga 13 Jun
|
Cuti Pertengahan Penggal 2
|
18 September hingga 26 September
|
Cuti Akhir Tahun
|
20 November hingga 2 Januari 2016
|
Jumlah
Hari Cuti Penggal: 85
|
Kumpulan
B: Sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,
Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
|
|
Cuti Pertengahan Penggal 1
|
14 Mac hingga 22 Mac
|
Cuti Pertengahan Tahun
|
30 Mei hingga 14 Jun
|
Cuti Pertengahan Penggal 2
|
19 September hingga 27 September
|
Cuti Akhir Tahun
|
21 November hingga 3 Januari 2016
|
Jumlah
Hari Cuti Penggal: 85
|
Subscribe to:
Posts (Atom)