Wednesday 27 May 2015

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2015

2 Januari 2015 merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2015. Sesi persekolahan yang sepatutnya bermula pada 5 Januari 2015 telah ditangguhkan seminggu disebabkan masalah banjir besar yang berlaku di beberapa buah negeri di pantai timur.

Warga guru SMK BBST telah bersepakat untuk memakai pakaian bertemakan ungu semasa hari pertama persekolahan. Semua murid yang hadir berpakaian kemas dan bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan.

Semua guru dan pelajar berhimpun di Dataran Pengetua seawal jam 7.20 pagi. Sesi perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan nyanyian tiga buah lagu utama iaitu lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah. Kemudian diteruskan lagi dengan ikrar sekolah dan ikrar pengguna jalan raya.

Seterusnya puan Pengetua telah memberikan taklimat dan ucapan kepada semua warga SMK BBST. Pihak sekolah mengucapkan selamat memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan baik dan penuh berdisiplin sepanjang tahun 2015.




No comments:

Post a Comment